LATIHAN Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini telahpun bermula dan pagi semalam sekumpulan pelajar dapat menikmati lintas hormat bendera negara daripada pandangan yang istimewa.
Tujuh pelajar yang menerima sumbangan Dana Wang Saku The Straits Times berpeluang menyaksikan latihan lintas hormat bendera negara daripada helikopter Super Puma Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang biasanya digunakan dalam misi mencari dan menyelamat.