7 tips untuk mereka yang ingin menghadiri NDP 2016

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini kini kembali ke Stadium Nasional setelah satu dekad, dan lebih daripada 50,000 orang dijangka hadir untuk meraikan SG51 di tempat baru itu hari ini.

Memandangkan terdapat banyak untuk dinantikan semasa NDP, berikut adalah beberapa tips untuk bertahan di stadium jika anda pergi ke sana tahun ini

1. Tiba awal

Tempat duduk adalah bebas. Jikalau anda mahukan tempat baik, pastikan anda tiba awal. Akan ada pemeriksaan keselamatan, jadi bersedialah untuk beratur.

Jika anda mengambil tempat duduk baik, anda berpeluang untuk mendapatkan pemandangan indah unjuran "futuristik" tiga dimensi (3-D) dan penghibur aerial yang digantung daripada bumbung stadium. Ini merupakan peluang sempurna bagi mengambil gambar. Anda juga mungkin dekat untuk melambai kepada Presiden apabila beliau tiba.

2. Bawa beg yang ringan

Jangan bawa beg besar, ini akan dapat membantu apabila semasa di pemeriksaan keselamatan.

Makanan dan minuman dibenarkan masuk, tetapi jangan bawa makanan secara tidak kemas. Terdapat gerai-gerai menjual makanan mudah di dalam stadium, lalu anda boleh membeli di sana. Walau bagaimanapun, ia tutup sekitar 6.30 petang.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, beg cenderahati tahun ini tidak mengandungi roti, jadi bawa beberapa jika mahu.

Kayu 'selfie' tidak dibenarkan masuk ke Stadium Nasional.

Jika anda sedang berfikir pakaian apa yang sesuai, pastikan ia selesa dan berwarna merah putih!

3. Kenal pasti zon anda

Stadium Nasional akan dibahagikan kepada empat sektor, ditandakan dengan warna pada tiket anda. Pintu yang ditetapkan juga dicetak di tiket.

Ia penting untuk mengenali sektor anda dan menuju ke jalan keluar betul di stesen Stadium MRT.

Terdapat sukarelawan di stesen untuk mengarahkan orang. Tegur mereka jika anda keliru.

4. Bantuan bagi warga tua atau mereka yang kurang upaya

Penonton ditemani warga emas dan berkeperluan khas boleh mencari sukarelawan atau kakitangan untuk bantuan. Orang-orang ini akan mencari mereka yang memerlukan bantuan.

Oleh kerana terdapat beberapa tangga di stadium, mereka juga akan mengarahkan anda ke lif atau pintu masuk alternatif.

5. Bawa penyumbat telinga

Anda mungkin tahu tentang bunga api dalam stadium. Meskipun kelihatan indah, bunga api boleh menjadi terlalu kuat bagi sesetengah orang. Bawa beberapa penyumbat telinga jika anda mempunyai pendengaran sensitif atau membawa anak kecil bersama.

6. Bila hendak lihat bunga api?

Bunga api di Stadium Nasional bermula sekitar 8 malam, jadi jangan ke tandas pada masa itu!

Bagi mereka yang tidak bernasib baik untuk menjaringkan tiket perbarisan, tetapi ingin menonton bunga api di luar, lihat tempat-tempat ini.

7. Bersedia tempuh orang ramai setelah perbarisan

Jangkakan orang ramai berduyun-duyun ke arah stesen Stadium MRT setelah tamat NDP. Bersabar dan beratur secara teratur.

Anda boleh berjalan keluar dari stadium dan menuju ke Kallang Wave Mall, di mana anda boleh menikmati santapan sehingga kurang orang. Namun berhati-hati, Kallang Wave Mall akan sesak juga.

Sebagai alternatif, anda boleh berjalan kaki ke stesen MRT Kallang, dimana Sports Hub menjelaskan jauhnya 600m di laluan berbumbung.

Kami harap anda akan dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Nikmat persembahan yang disediakan dan Selamat Hari Kebangsaan!

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.