Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$7,000 lesap dek tak endahkan saman letak kereta $660

Jan 28, 2016 | 10:20 AM



DARIPADA saman $660 bagi kesalahan letak kereta menjadi denda $7,000.


Itulah padah yang dihadapi seorang pereka dalaman, Gabriel Ravi Janageran, 46 tahun.


Janageran dikenakan saman $660 bagi kesalahan letak kereta sepanjang empat bulan tetapi tidak mengendahkan denda kompaun itu.


Dia mengabaikan tiga peringatan agar bayar saman bagi 14 kesalahan antara September 2010 dan Januari 2011 itu, dan diheret ke mahkamah.


Namun, Gabriel Ravi tidak menghadiri lima sesi mahkamah, yang membawa kepada lima waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.


Akhirnya, pada April tahun lalu dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah dan didenda sejumlah $7,000, atau $ 500 bagi setiap kesalahan.


Jika tidak membayarnya, dia akan dipenjara 14 hari.


Pada Rabu (27 jan), Gabriel Ravi merayu kepada Mahkamah Tinggi agar jumlah denda itu dikurangkan dan diberi lebih banyak masa untuk mendapatkan wang bagi membayarnya.


Gabriel Ravi berkata dia pencari nafkah tunggal keluarganya dan tidak boleh pergi ke penjara kerana ada empat anak masih bersekolah.


Hakim Rayuan Chao Hick Tin memberitahunya: "Jika awak telah membayar denda klompaun, awak tidak akan berada di sini."


Deputy Public Prosecutor (DPP) Isaac Tan berkata Gabriel Ravi "pesalah berterusan" yang tidak menghormati undang-undang kerana dia terus melanggar peraturan letak kereta dengan lebih kerap walaupun selepas menerima tiga saman pada lewat 2010.


Apabila Hakim Chao bertanya apakah dia boleh membayar denda itu secara ansuran, Gabriel Ravi menawarkan membayar dalam dua ansuran sebanyak $3,500 setiap satu.


Tetapi hakim memberi amaran bahawa dia akan dipenjara jika tidak dapat memenuhi pembayaran.


Akhirnya, Hakim Chao mengemukakan pelan ansuran selama empat bulan untuk dia membayar $2,000 dalam tempoh dua bulan pertama dan $1,500 dalam tempoh dua bulan seterusnya.


Gabriel Ravi melakukan 11 kesalahan letak kenderaan. Dia diberi peluang membayar denda kompaun antara $10 dan $50, tetapi mendakwa tersalah letak surat saman dan terlupa mengenainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >