Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 dihantar ke hospital, kelecuran dalam kebakaran di bangunan industri Tuas

Feb 24, 2021 | 06:50 PM



LAPAN orang digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana kelecuran menyusuli satu kebakaran di bangunan perindustrian Platinum@Pioneer di Tuas pada Rabu (24 Februari).



Dalam satu kenyataaan yang dimuatnaikkan ke Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata sekitar 65 orang di daerah kebakaran itu telah diminta mengosongkan bangunan tersebut sebelum ahli bomba datang.



SCDF menambah, ia memberi respons kepada kebakaran di No. 32E Tuas Avenue 11 itu sekitar 11.25 pagi.



Bangunan perindustrian itu yang terdiri daripada 16 unit kilang teres dan sebuah kantin ditempatkan dalam dua bangunan. Dalam laman Facebook pada 16 Februari, pemaju tapak industri itu, Soon Hock Group berkata, terdapat dormitori yang menempatkan 11 orang di tingkat atas salah sebuah bangunan itu.



SCDF juga berkata unit di bangunan perindustrian itu diselubungi asap apabila ahli bomba tiba pada Rabu. Lantas itu, ahli bomba menggunakan alat pernafasan untuk mengenal pasti dari mana kebakaran itu datang.



"Kebakaran ini melibatkan alat pengadun industri di unit yang terjejas dan telah dipadamkan dengan dua pancuran air," tambah SCDF.



Punca kebakaran masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >