DIANGGARKAN sekitar setengah juta penduduk di lapan estet yang diuruskan lapan majlis bandaran perlu membayar caj perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) yang lebih tinggi mulai 1 April ini.
Ia adalah yang pertama dalam 10 tahun ini bagi Majlis Bandaran Ang Mo Kio, Marine Parade, Moulmein-Kallang, Nee Soon, Pasir Ris-Punggol, Potong Pasir dan Sembawang. Majlis Bandaran Jurong telah menaikkannya pada 2010.