Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 warga Indonesia dihantar pulang oleh KL lepas ditahan di Woodlands kerana miliki imej ISIS

Jan 12, 2017 | 10:00 AM



KUALA LUMPUR: Lapan warga Indonesia dihantar pulang oleh Unit Antipengganasan polis Malaysia selepas seorang daripada mereka didapati mempunyai gambar yang menunjukkan pengaruh kumpulan pengganas Negara Islam dan Iraq dan Syria (ISIS) di telefon bimbitnya.



Menurut sumber, kumpulan itu ditahan oleh pihak berkuasa Singapura di pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands pada kira-kira 1.30 pagi Selasa (10 Jan).



"Semasa pemeriksaan, pegawai imigresen menemui imej sikap militan Daesh, termasuk sebuah bom buatan sendiri menggunakan kasut, pada telefon bimbit salah seorang suspek," kata sumber itu, dengan menggunakan singkatan lain bagi ISIS.



"Pihak berkuasa Singapura kemudian meletak suspek di bawah status dilarang masuk ke negara itu 'Tanpa Batas Waktu' sebelum menyerahkan mereka kepada polis Malaysia bagi siasatan lanjut," katanya.



Menurut sumber itu, polis Malaysia menahan kumpulan tersebut dari 2.30 pagi hingga 9 pagi dan hasil soal siasat yang dijalankan, mendapati suspek mendapatkan imej ISIS itu daripada sebuah kumpulan Whatsapp.



"Selepas siasatan, suspek dihantar pulang ke Batam, Indonesia dengan feri sebelum ditahan oleh Polis Nasional Indonesia (INP) dan Polis Riau Polis dua jam kemudian bagi siasatan susulan," katanya.



Difahamkan bahawa suspek, merupakan pelajar dari Sekolah Pondok, Darul Hadits, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, berada di Malaysia sejak 3 Januari untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi salah seorang daripada mereka.



Bagaimanapun empat hari kemudian, mereka bermalam di Perlis sebelum ke Pattani, Thailand, untuk mempelajari sistem pendidikan di Lembaga Pendidikan Islam di daerah itu.



Menurut sumber itu, suspek kembali ke Malaysia pada Isnin untuk masuk ke Singapura melalui sempadan Johor.



Penolong pengarah unit tersebut, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi. - Bernama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >