Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80% penduduk Singapura sokong hukuman mati: Kajian Reach

Oct 07, 2016 | 08:25 AM



MAJORITI orang di Singapura menyokong hukuman mati dan tidak mahu ia dihapuskan, menurut kajian oleh unit maklum balas pemerintah, Reach.



Mereka juga melihat hukuman mati sebagai satu penghalang penting terhadap jenayah berat.



Dapatan itu terbit di tengah-tengah perbahasan berterusan global apakah hukuman mati harus dimansuhkan.



Bulan lalu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menolak gesaan agar semua negara menghapuskan hukuman mati di luar sebuah mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Okt), Reach berkata lapan dalam 10 penduduk Singapura yang ditinjau dalam kajian telefon itu berkata hukuman mati perlu dikekalkan.



Satu dalam 10 berkata mereka mahu hukuman itu dimansuhkan, manakala baki responden tidak memberi jawapan muktamad atau tidak mahu menjawab.



Kaji selidik itu, yang dilakukan antara 13 dan 17 Jun, juga mendapati lulusan universiti lebih cenderung untuk menyokong hukuman mati daripada mereka yang berpendidikan bawah sekolah menengah.



"Terdapat sokongan lebih besar bagi hukuman mati dalam kalangan golongan berpendidikan lebih tinggi tinggi," kata Reach.



Responden juga ditanya apakah mereka menyokong atau menentang hukuman mati "secara umum".



Sebanyak 80 peratus daripada 1,160 responden yang dipilih secara rawak itu "umumnya menyokong" hukuman mati.



Dalam kalangan mereka, lebih separuh berkata mereka menyokong penuh, manakala 23 peratus berkata "ia bergantung".



Sebanyak 13 peratus berkata mereka menentangnya.



Majoriti, atau 82 peratus, daripada mereka yang ditinjau juga berkata mereka bersetuju atau sangat bersetuju bahawa hukuman mati penghalang penting yang telah membantu memastikan Singapura selamat daripada jenayah berat.



Dalam kalangan responden, terdapat sokongan lebih besar bagi hukuman mati dikenakan terhadap jenayah berat seperti pembunuhan, menggunakan senjata api, dan penyeludupan senjata, berbanding bagi pengedaran dadah.



Lebih 80 peratus berkata ia harus menjadi hukuman maksimum bagi perbuatan membunuh. Sebagai perbandingan, 67 peratus berkata ia harus dijadikan hukuman maksimum bagi kesalahan mengedar dadah.



Sepanjang tiga tahun dari 2013 hingga 2015, enam orang digantung di Singapura - lima kerana kesalahan dadah dan seorang sebab membunuh.



Kajian Reach juga mendapati hampir dua pertiga daripada responden berasa ada perlindungan mencukupi bagi memastikan tidak ada orang tersilap dihukum mati.



Tetapi 6 peratus tidak bersetuju.



Hukuman mati mandatori di Singapura bagi kesalahan yang termasuk pembunuhan berancang, penculikan dan pengedaran dadah melebihi jumlah tertentu.



Pada 2012, Parlimen membuat perubahan besar ke atas Kanun Keseksaan dan Akta Penyalahgunaan Dadah dengan memansuhkan hukuman mati mandatori bagi beberapa jenayah dan memberi hakim budi bicara ketika menjatuhkan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >