80 potret mendiang Encik Lee dipamerkan

MENYUSULI pencurahan ucapan takziah yang tidak putus-putus bagi mantan Perdana Menteri Pengasas mendiang Encik Lee Kuan Yew, pengumpul bahan seni Singapura, Encik Vincent Chua, mempamerkan lebih 300 lukisan minyak berdasarkan sejarah Singapura termasuk kira-kira 80 portret mendiang Encik Lee sebagai memberi penghormatan kepada beliau.

Pameran bertajuk "Kisah Singapura" (The Singapore Story) itu sepatutnya bermula Ogos ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50) tetapi dipindahkan kepada minggu ini bagi mengiktirafkan pencapaian mendiang Encik Lee untuk Singapura serta mengucapkan terima kasih atas pencapaiannya.

Bermula hari ini hingga Jun 30 di The Crescent, tingkat 2 Konvensyen dan Pusat Pameran Suntec Singapura, artifak kemuncak adalah patung saiz sebenar mendiang Encik Lee bersalaman dengan Encik Deng Xiaoping, Presiden China, bagi menyambut kedatangan Encik Deng ke Singapura pada November 1978.

Tiada bayaran dikenakan bagi pengunjung dan mereka digalak menulis ucapan takziah dan penghormatan bagi mendiang Encik Lee di kanvas yang dibentangkan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.