SEKITAR 840,000 keluarga yang tinggal di flat-flat HDB boleh menjangkakan untuk menerima rebat bayaran khidmat penyenggaraan (S&CC) bernilai $86 juta, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, Jumaat.
Secara keseluruhan, setiap keluarga warga Singapura akan menerima antara satu dengan tiga bulan rebat S&CC bergantung kepada jenis flat HDB mereka.
Keluarga yang layak mungkin sudah pun menerima surat bulan ini dengan perincian rebat S&CC itu.
Rebat tersebut diumumkan semasa Belanjawan 2016 untuk menyediakan sokongan tambahan kepada keluarga.