Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

85 orang ditangkap kerana pelbagai kesalahan

Jun 28, 2014 | 04:14 PM



POLIS telah menangkap 85 orang kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan termasuk kesalahan dadah, imigresen, peminjaman wang terlarang, pelacuran dan kesalahan memandu.


Mereka ditangkap dalam satu operasi bersama yang dijalankan pada Khamis lalu dan kelmarin.


Diketuai Divisyen Polis Jurong, operasi bersama Polis Trafik (TP), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu telah memeriksa 1,340 orang dan 164 kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands.


Operasi selama dua hari itu juga dijalankan di beberapa lokasi lain di bahagian barat Singapura.


Peralatan berkaitan dadah dan 44 gram heroin juga dirampas.


Komander Divisyen Polis Jurong, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Wilson Lim, berkata:


"Polis akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Home Team yang lain untuk menangani mereka yang menjalankan kegiatan-kegiatan haram itu."


Siasatan masih diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >