Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

87 individu ditangkap, dadah $400,000 dirampas dalam operasi CNB

Nov 28, 2020 | 02:34 PM



SERAMAI 87 individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam satu operasi serata pulau yang dikendalikan Biro Narkotik Pusat (CNB) antara 23 dengan 27 November lalu.



CNB dalam kenyataannya pada Sabtu (28 November) menjelaskan, sejumlah 1,118 gram dadah Ice, 764 gram heroin, 149 gram kanabis, 1 gram ketamin, 1,415g bahan psikoaktif baru (NPS), 77 pil Ecstasy, 155 pil Erimin-5, dua dadah pengkhayal lysergide (LSD) dan lima botol serta satu bungkusan cecair yang dipercayai cecair methamphetamin dirampas dalam operasi berkenaan.



Keseluruhannya, dadah yang dirampas dianggarkan bernilai $400,000.



Antara individu yang diberkas dan paling muda dalam operasi ini adalah remaja lelaki warga Singapura berusia 16 tahun yang disyaki merupakan penyalah guna dadah.



Kawasan-kawasan yang dikunjungi pegawai CNB termasuk Boon Lay, Buangkok dan Aljunied.



Menjelaskan butiran terperinci mengenai operasi tersebut, CNB berkata pegawainya telah menangkap lelaki Singapura berusia 39 tahun di kawasan Sumang Lane pada 23 November lalu.



Lelaki itu dibawa ke tempat kediamannya di kawasan kejiranan yang sama di mana seorang wanita Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 46 tahun kemudian diberkas apabila dia kembali ke unit rumah itu.



Pegawai CNB kemudian menemui 15 bungkusan yang mengandungi 339 gram Ice, tujuh pil Ecstasy dan 90 pil Erimin-5 di unit tersebut. 



Lima botol dan bungkusan cecair yang dipercayai cecair methamphetamin yang disembunyikan dalam bungkusan produk jagaan kulit turut dirampas daripada unit itu bersama pelbagai peralatan dadah.



Dalam operasi susulan, pegawai CNB menyerbu unit perusahaan di Pasir Panjang Road dan menangkap lelaki Singapura berusia 47 tahun dan wanita warga asing berusia 28 tahun di situ.



Dadah Ice sebanyak 0.1 gram dan 60 pil Erimin-5 dirampas daripada lelaki itu dengan 1 gram Ice turut ditemui di rumahnya di Balestier Road.



Pada 23 November lalu pula, pegawai CNB menyerbu unit kediaman di Lengkok Bahru dan menangkap tiga orang yang disyaki pesalah dadah. Mereka terdiri daripada dua lelaki Singapura berusia 29 tahun dan 26 tahun dan wanita Singapura berusia 19 tahun.



Seorang lagi wanita 26 tahun yang kembali ke unit itu turut ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.



Enam bungkusan mengandungi 3 gram Ice turut ditemui di unit itu manakala peralatan dadah ada bersama wanita 26 tahun itu.



Anak lelaki wanita 26 tahun itu dan bayi empat bulan wanita 19 tahun itu juga ada di unit berkenaan.



Siasatan awal menunjukkan bahawa wanita 19 tahun itu telah membawa anaknya ke unit berkenaan dan menyalahgunakan dadah bersama dua lelaki di rumah itu.



Pihak CNB memastikan kebajikan dua anak mereka yang diberkas ini akan dijaga sewajarnya. Mereka diserahkan kepada keluarga terdekat individu berkenaan.



Pada 26 November pula, tiga individu diberkas di Edgefield Plains dalam satu lagi operasi.



Seorang lelaki Singapura berusia 25 tahun dan wanita Singapura berusia 24 tahun ditangkap.



Sebanyak 32 bungkusan mengandungi 631 gram Ice, tiga bungkusan mengandungi 113 gram kanabis dan 16 pil Ecstasy dirampas. Wang tunai $25,393 turut ditemui di unit itu.



Sewaktu meninjau unit itu, pegawai CNB turut menemui bilik stor tersembunyi di balik satu tembok.  Di dalam bilik stor itu, seorang lelaki Singapura berusia 25 tahun bersembunyi  dan cuba memberontak serta melepaskan dirinya daripada ditangkap sehingga pegawai CNB perlu menegahnya secara tegas bagi melembutkannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >