Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

88 kes masyarakat daripada 92 jangkitan baru Covid-19: MOH

Kelompok KTV terbesar di luar dormitori, dengan 172 kes termasuk 23 baru; kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong punya 37 kes baru
Jul 19, 2021 | 5:30 AM
CETUS KEPRIHATINAN: MOH juga mendapati lebih banyak kes jangkitan Covid-19 melibatkan penjual ikan yang berkemungkinan terjangkit daripada kunjungan mereka ke Pelabuhan Perikanan Jurong. - Foto ZAOBAO
CETUS KEPRIHATINAN: MOH juga mendapati lebih banyak kes jangkitan Covid-19 melibatkan penjual ikan yang berkemungkinan terjangkit daripada kunjungan mereka ke Pelabuhan Perikanan Jurong. - Foto ZAOBAO -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 92 kes baru Covid-19 semalam, dengan 88 kes merupakan jangkitan masyarakat.

Dalam satu kenyataannya semalam, MOH berkata 23 daripada kes masyarakat itu adalah daripada kelompok KTV, manakala 37 kes pula dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP).

Ini menjadikan kelompok KTV sekarang merupakan yang terbesar di luar kelompok dormitori pekerja migran, dengan 172 kes.

Sebelum ini, kelompok Lapangan Terbang Changi merupakan yang terbesar dengan 108 kes, sebelum ia ditutup pada 18 Jun.

Menurut MOH lagi, daripada 88 kes masyarakat itu, 30 ada kaitan dengan kes sebelum ini dan memang sudah dikuarantin, manakala 41 kes pula berkait dengan kes sebelum ini dan dikesan daripada ujian pengawasan.

Sebanyak 17 kes pula tiada kaitan sejauh ini.

Dalam kalangan kes yang dikenal pasti, MOH mengatakan empat daripada mereka merupakan warga emas berusia lebih 70 tahun yang tidak menjalani vaksinasi dan berisiko mengalami penyakit serius.

Selain itu, MOH mengesan empat kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.

Satu kes dikesan setibanya di sini manakala baki tiga kes pula mengalami penyakit itu dalam tempoh SHN atau ketika diasingkan.

Jumlah kes masyarakat di Singapura mula menimbulkan keprihatinan minggu lalu apabila angkanya meningkat dan terbentuk pula kelompok KTV dan JFP.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MOH menjelaskan ia sedang menyiasat kes jangkitan dalam kalangan pelayan sosial yang kerap berkunjung ke lounge atau kelab KTV, yang sekarang beroperasi sebagai premis makanan dan minuman (F&B) di samping kontak sosial rapat mereka.

Siasatan epidemiologi MOH menunjukkan terdapat jangkitan berlanjutan di enam kelab KTV, iaitu Quinn KTV, Club AURA, Club Ion, Icon II, Club Lucky Thai dan M. Sakhon.

MOH juga mendapati lebih banyak kes jangkitan Covid-19 melibatkan penjual ikan yang berkemungkinan terjangkit daripada kunjungan mereka ke JFP.

Kes Covid-19 ditemui di Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon, Pusat Makanan Amoy Street, Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang, Pasar Basah Whampoa, Pasar Telok Blangah Crescent, Pasar Taman Jurong, Pasar Redhill, Pasar Geylang Serai, Pasar Geylang Bahru, Pasar 527 Ang Mo Kio, Pasar Basah 726 West Coast, dan Pasar Basar Bukit Timah.

Menyusuli penemuan itu, semua penjual ikan segar dan makanan laut serta pembantu gerai di pasar yang diuruskan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantikoleh agensi itu diwajibkan menjalani ujian Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) di pusat ujian khusus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg