Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 belia dikena tindakan ISA sejak 2015: Shanmugam

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI sembilan lelaki muda berusia 20 tahun ke bawah telah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2015, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Enam daripada mereka telah ditahan dan tiga yang lain dikenakan Arahan Sekatan (RO). Kebanyakan mereka telah membuat kemajuan dalam pemulihan mereka, katanya.



Salah seorang telah dibebaskan daripada tahanan pada Januari tahun lalu.



"Semasa dalam tahanan, dia mendapat sokongan tenaga pengajar, dia duduki Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N', dan raih keputusan cemerlang dalam beberapa subjek.



"Selepas dibebaskan dia telah ke sekolah pilihannya dan terus maju dalam pemulihannya," kata Encik Shanmugam.



Empat lagi, kata Encik Shanmugam, telah diintegrasikan semula dengan masyarakat dan tidak lagi di bawah sebarang arahan keselamatan dalam negeri.



Mereka semua telah mendapat pekerjaan atau meneruskan pengajian lanjut.



"Dua daripada mereka telah melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) selepas dibebaskan dan raih kejayaan.



"Seorang daripada mereka telah memenangi anugerah, capai kelakonan terbaik dalam kursusnya, dan kededua mereka melanjutkan pengajian ke politeknik dan seorang daripada mereka kini seorang jurutera," kata beliau.



Pada masa ini, seramai 16 orang sedang ditahan di bawah ISA, kata Encik Shanmugam.



Mengenai Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor yang ditahan Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia akan menerima kaunseling agama, selain pemulihan psikologikal dan sosial, ujar Encik Shanmugam.



"Seorang kaunselor agama daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) akan memberi kaunseling kepada Irfan untuk mengajarnya tentang Islam.



"Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) akan menyokong keluarga Irfan dan kami akan menyokong keluarganya untuk memberi dorongan kepada Irfan.



" ISD juga telah bekerjasama dengan sekolah Irfan agar dia dapat teruskan persekolahannya, menduduki peperiksaannya semasa ditahan dan mempunyai seorang sukarelawan RRG selaku mentornya untuk memberi motivasi kepadanya," katanya kepada media.



Mengenai respons keluarga Irfan terhadap penahanannya, Encik Shanmugam berkata mereka faham dan pihak berkuasa telah menerangkan kepada mereka dan mereka yakin Irfan akan mempunyai peluang baik memulihkan dirinya, melalui persekolahannya dan kemudian melanjutkan ke peringkat pekerjaan pula.



Sementara itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya berkata seorang warga Singapura, Imran Mahmood, 44 tahun, telah dibebaskan daripada tahanan dan diletak di bawah Arahan Sekatan (RO) pada bulan lalu.



Dia telah ditahan di bawah ISA pada Januari 2019 kerana menanam hasrat pergi ke Syria untuk menentang bersama ISIS secara bersenjata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >