9 dalam 10 pemilik hartanah kediaman akan bayar cukai harta lebih rendah pada 2016

SEDANG pasaran sewa menjadi lembap, 93 peratus pemilik harta kediaman di Singapura akan membayar cukai lebih rendah pada 2016, selepas pemerintah mengurangkan nilai tahunan rumah mereka.

Semua pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membayar lebih rendah atau tiada cukai hartanah tahun depan, manakala lapan dalam 10 pemilik harta kediaman privet akan membayar cukai hartanah lebih rendah, umum Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) pada Isnin (30 Nov).

Ini berbeza daripada kajian semula pada 2014 bagi cukai 2015, apabila hanya 25.7 peratus rumah privet yang nilai tahunannya dikurangkan.

Lebih 80 peratus pemilik rumah privet akan melihat penjimatan cukai antara 3 peratus dan 20 peratus.

Pemilik flat HDB akan menikmati penjimatan cukai antara 9 hingga 24 peratus, berbanding apa yang mereka dibayar pada 2015.

Di samping itu, semua pemilik flat satu dan dua bilik HDB dan 28,200 flat tiga bilik yang menghuni rumah mereka tidak perlu membayar apa-apa cukai harta apabila nilai tahunan disemak semula berkuatkuasa mulai 1 Jan 2016.

Surat telah dihantar kepada pemilik rumah bagi menggariskan levi bagi tahun akan datang.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 67
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.