9 khidmat bas dipesong di Daerah Sivik, CBD bagi Ahad Bebas Kereta

SEMBILAN perkhidmatan bas akan terjejas Ahad ini (28 Februari) oleh penutupan jalan di Daerah Sivik dan sebahagian Kawasan Pusat Bandar (CBD) bagi acara Ahad Bebas Kereta SG pertama.

Perkhidmatan terjejas, yang dikendalikan oleh SBS Transit, ialah 97, 100, 130, 131, 133, 186, 195, 400 dan 402.

Di samping itu, perkhidmatan 400 dan 402 hanya akan bermula pada 9 pagi kerana penutupan jalan.

Perkhidmatan-perkhidmatan itu melangkau perhentian di sepanjang jalan terjejas, termasuk Shenton Way, Marina Boulevard dan Bayfront Avenue.

SG Ahad Bebas Kereta ialah acara percubaan enam bulan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang akan diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan hingga Julai tahun ini.

Sekitar 4.7km jalan raya di kawasan terjejas akan ditutup kepada lalu lintas dan dikhaskan bagi penunggang basikal serta pejalan kaki, dan kegiatan lain antara 7 dan 9 pagi.

St Andrew'sw Road dan sebahagian Stamford Road akan ditutup hingga tengah hari, manakala Connaught Drive akan kekal ditutup sepenuhnya hingga 7 malam.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.