Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 pelajar Sekolah Menengah Crest sertai kem latihan Valencia

Dec 14, 2015 | 05:27 PM



SEMBILAN pelajar Sekolah Menengah Crest yang juga penerima Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim (SOF-Peter Lim) akan mengunjungi Sepanyol malam ini bagi satu kem latihan seminggu di kelab Valencia milik jutawan Peter Lim.


Kem latihan SOF-Peter Lim Amunt Valencia Football Camp itu akan diadakan di akademi kelab itu GloVal Academy, lapor akhbar The Straits Times.


Para pelajar berusia antara 14 dengan 15 tahun itu akan dilatih oleh para jurulatih akademi tersebut.


Selain latihan, mereka juga akan bermain dalam satu perlawanan persahabatan menentang kelab Monte Sion, melawat Stadium Mestalla dan menonton perlawanan antara Valencia dengan Getafe pada 19 Disember ini.


Seorang pelajar, Zamanuriki Zamnuri, 15 tahun, berkata:


"Saya tidak sabar untuk mengikuti latihan di bawah tunjuk ajar jurulatih Valencia dan berharap saya akan dapat meningkatkan kemahiran bola sepak saya selepas pengalaman ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >