9 poliklinik alami gangguan sistem IT pagi Isnin

SISTEM teknologi maklumat (IT) di sembilan poliklinik mengalami gangguan dan kelewatan sekejap pada pagi Isnin (6 Jun), menyebabkan sesetengah pesakit ditolak daripada janji temu mereka.

Poliklinik terjejas - Ang Mo Kio, Bukit Batok, Choa Chu Kang, Clementi, Hougang, Jurong, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun - diurus oleh kumpulan National Healthcare Group Polyclinics (NHGP).

Terdapat 18 poliklinik di Singapura. Sembilan yang lain diurus oleh kumpulan Singapore Health Services (SingHealth).

Sebagai respons kepada pertanyaan media, pengarah operasi klinikal NHGP, Encik Ang Chee Chiang, berkata gangguan itu berlaku kira-kira sejam - dari 8.20 hingga 9.20 pagi - dan masa menunggu pesakit lebih panjang pada pagi Isnin.

Operasi biasa pulih selepas 9.20 pagi.

"Pesakit mengalami keadaan perubatan mendesak disegerakan bagi rawatan perubatan. Poliklinik terjejas menjalankan pendaftaran secara manual semasa tempoh gangguan untuk membantu mempercepat proses," kata Encik Ang.

"Kami sedang memantau prestasi sistem dan menyiasat punca isu-isu sistem IT itu."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.