Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

$900,000 diagih CLF pada 2022 sokong 47 projek pertingkat masyarakat

CLF
Mar 07, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK $900,000 diagih Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) pada 2022 bagi menyokong 47 projek bagi mempertingkat masyarakat, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Menerusi Dana Pembangunan Masyarakat Melayu/Muslim (MMCDF), CLF menawarkan sokongan pendanaan kepada pertubuhan Melayu/Islam (MMO) bagi membangun dan melaksanakan program sedemikian, tambahnya.



Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi Ehwal Masyarakat Islam di Parlimen pada Isnin, Encik Zaqy berkata sejak 2013, MMCDF telah diluaskan bagi menyokong pelaksanaan projek dan usaha pembangunan pertubuhan MMO.



"Menerusi MMCDF, CLF menawarkan sokongan pendanaan bagi MMO bagi membangunkan dan melaksana program bagi mempertingkat masyarakat.



"Tahun lalu sebanyak $900,000 telah diagih dalam menyokong 47 projek masyarakat sedemikian," kata beliau, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki.



MMCDF, katanya, juga menyokong inisiatif bagi membentuk pemimpin generasi masa depan MMO menerusi program Tunas Bersama M³.



Para pemimpin ini akan menerajui langkah ke hadapan masyarakat pada masa akan datang, ujar beliau.



Selain itu, Encik Zaqy berkata Mendaki telah berkongsi amalan terbaik mereka kepada MMO lain menerusi CLF bagi membantu menyumbang program yang lebih berkesan.



CLF, kata Encik Zaqy, bertindak sebagai platform untuk memastikan pengurusan sumber yang cekap dan berkesan oleh pelbagai MMO, bagi mengelak duplikasi program dan khidmatnya.



Pada 2022, lebih 170 peserta menyertai sesi perkongsian tentang program penilaian, pengurusan relawan dan tadbir urus.



"Ini menawarkan peluang bagi rakan-rakan CLF untuk tampil bersama bagi menyumbang kepada pembelajaran dan pembangunan amalan terbaik," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >