Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

93% flat ROF ditempah

Feb 24, 2018 | 01:52 PM



SEKITAR 93 peratus flat yang ditawarkan menerusi Tawaran Semula Baki Flat (ROF), iaitu sebanyak 1,300 daripada 1,394 flat, telah ditempah, menurut kenyataan HDB hari ini.



Seramai 6,102 keluarga dan individu telah membuat permohonan bagi flat-flat tersebut, ini bermakna lebih dari empat pemohon bagi setiap flat. 



HDB menambah bahawa mereka menerima jumlah permohonan yang tinggi tidak kira jenis flat, dari flat 2 bilik flexi hingga flat eksekutif. 



Dalam setiap ROF yang diadakan dua kali setahun, kesemua flat yang belum dijual menerusi penjualan sebelum itu dikumpulkan dan ditawarkan dalam kumpulan yang sama. 



ROF yang dilancarkan Ogos lalu menawarkan flat yang belum dijual menerusi Penjualan Baki Flat (SBF) pada November 2016. 



Seramai 70 peratus dari 1,300 pembeli flat ROF itu terdiri daripada keluarga yang membeli rumah buat kali pertama. 



Kini, satu dalam setiap lima pembeli telah mengambil kunci rumah mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >