Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

940,000 keluarga flat HDB terima rebat GST bulan ini

MOF: Famili lebih besar dapat 2.5 kali lebih banyak dalam pusingan terakhir agihan GSTV-U-Save
Jan 03, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 940,000 keluarga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima ansuran rebat Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan U-Save (GSTV-U-Save) seterusnya tahun ini, umum Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Sekitar 155,000 keluarga lebih besar akan menerima 2.5 kali lebih banyak rebat GSTV-U-Save dalam tahun kewangan (FY) 2020, menurut MOF.



Kira-kira 155,000 keluarga yang mempunyai lima atau lebih ahli tinggal bersama akan mendapat rebat lebih tinggi itu.



Dalam satu pos di Facebook, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata: "Saya harap pemberian lebih tinggi dapat menampung perbelanjaan keluarga dengan lebih baik dan memberi semangat kepada keluarga sedang kita mengalu-alukan tahun baru."



Ini pusingan terakhir pemberian U-Save, selepas pemberian awal pada April, Julai dan Oktober lalu.



Di bawah GSTV-U-Save tahun ini itu, pemerintah akan mengagihkan $630 juta untuk menyokong keluarga, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah mereka.



Antara penerima baucar itu ialah Cik Norsaridah Mohd Sariman, 30 tahun. Kali kempat ini beliau akan menerima $200, menjadikan jumlah keseluruhannya $1,000.



Beliau tinggal bersama suaminya dan empat anak perempuanberusia 13, enam, empat dan satu tahun di flat sewa dua bilik HDB.



"Saya gembira menerima bantuan ini kerana ia dapat membantu perbelanjaan kami sekeluarga. Dengan sokongan ini, kami dapat berjimat dan menabung dan ini dapat membantu kami agar lebih bersedia untuk hari susah," kata Cik Norsaridah, seorang peniaga dari rumah (HBB).



Keluarga tinggal di flat satu dan dua bilik HDB biasanya mendapat rebat GSTV- U-Save berjumlah kira-kira tiga hingga empat bulan bil air dan elektrik mereka.



Bersama GSTV Bayaran Khusus U-Save yang diberi awal tahun ini, keluarga tersebut akan mendapat rebat berjumlah sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan bil air dan elektrik mereka.



Bagi keluarga tinggal di flat tiga dan empat bilik HDB, rebat GSTV-U-Save yang mereka dapat biasanya berjumlah kira-kira satu hingga dua bulan bil air dan elektrik.



Sekarang, mereka mendapat sokongan sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan bil air dan elektrik mereka.



Secara keseluruhan, pemerintah telah mengagihkan $5.9 bilion kepada keluarga Singapura dalam FY2020, yang dinikmati lebih 2.8 juta penduduk tempatan, menurut MOF.




"Saya harap pemberian lebih tinggi dapat menampung perbelanjaan keluarga dengan lebih baik dan memberi semangat kepada keluarga sedang kita mengalu-alukan tahun baru."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >