Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

950,000 isi rumah warga S'pura akan terima baucar GST

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST (GSTV) - U-Save serta rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) mereka bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Jumlah yang akan diterima adalah antara $110 dengan $190 bagi GSTV - U-Save serta rebat S&CC bagi setengah hingga satu bulan, serupa yang diberikan bagi suku sebelumnya iaitu pada Julai.



Ini merupakan bayaran ketiga bagi tahun kewangan ini, dengan yang pertama diberikan pada April.



Bayaran terakhir bagi tahun kewangan ini akan diagihkan pada Januari tahun depan.



Rebat itu sebahagian daripada skim GSTV tetap dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumum semasa Belanjawan tahun ini.



MOF berkata rebat itu akan terus membantu membiayai GST dan perbelanjaan harian lain bagi isi rumah warga Singapura yang berpendapatan rendah hingga pertengahan.



Isi rumah yang layak akan menerima rebat S&CC untuk membiayai antara satu setengah bulan hingga tiga setengah bulan bil mereka setiap tahun menerusi skim GSTV yang dipertingkat.



Rebat U-Save digandakan bagi tahun kewangan ini berbanding tahun kewangan lalu.



Ini dapat membiayai sekitar lapan hingga 10 bulan bil utiliti secara purata bagi isi rumah yang tinggal di flat satu dan dua bilik, dan empat hingga enam bulan bagi isi rumah di flat tiga dan empat bilik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >