Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

99 kereta api baru berharga $1.1b akan ditambah pada sistem MRT mulai tahun ini

Dec 02, 2015 | 03:09 PM



LEBIH satu bilion dolar akan dibelanjakan bagi 99 kereta api baru untuk ditambah kepada rangkaian MRT sedia ada Singapura dari tahun ini hingga 2019.


Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata ia satu pelaburan berbaloi dalam usaha berterusan meningkatkan kebolehpercayaan sistem rel di sini.


Dalam satu pos blog beliau pada Rabu (2 Dis) pagi, beliau berkata pelaburan $1.1 bilion itu, yang akan ditanggung kedua-dua pengendali, SMRT dan SBS Transit, serta pemerintah akan terbukti lebih kos efektif pada jangka masa panjang.


Daripada 99 kereta api baru itu, 57 ialah bagi Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL), 18 untuk Laluan Timur Laut dan 24 bagi Laluan Circle.


Menurut Encik Khaw, kereta api baru itu akan mempunyai sistem pendorongan lebih baik, lebih boleh dipercayai, lebih tahan lama dan memerlukan kurang penyenggaraan.


Mengimbas kembali pada gangguan besar, Encik Khaw berkata hampir separuh gangguan yang berlaku pada NSEWL, laluan tertua, disebabkan isu pada tren, sementara separuh lagi disebabkan faktor lain termasuk masalah trek atau tenaga.


Dengan mengukuhkan kumpulan tren rangkaian sedia ada dengan kereta api baru, ini akan membawa perubahan kepada prestasi keseluruhan rangkaian kereta api, katanya.


Beliau juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa jurutera dan kakitangan teknikal kereta api ditugaskan di kilang di luar negara tempat kereta api baru itu sedang dibina.


Ini membolehkan mereka memantau keseluruhan proses pemasangan dan membiasakan diri dengan kereta api baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >