Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abang buat pelbagai kesalahan, adik tanggung padahnya

Jul 22, 2016 | 09:07 AM



DALAM tempoh lima tahun lalu, beliau ditangkap ketika cuba meninggalkan Singapura, dipanggil ke mahkamah untuk membayar ikat jamin $15,000, dan identitinya digunakan untuk memohon pekerjaan.



Ini walaupun beliau tidak melakukan sembarang kesalahan, tidak menjadi penjamin dan tidak memohon sembarang pekerjaan.



Encik Mohammad Rizal Mohd Sabri, 27 tahun, menghadapi masalah itu semua gara-gara abangnya menyamar sebagai dirinya.



Walaupun abang pekerja penghantaran itu, Muhammad Redzuan Mohd Sabri, 28 tahun, dihukum penjara tahun lalu bagi kesalahan menyamar, Encik Rizal masih tidak selamat.



Pada Rabu (20 Jul), Redzuan mengaku bersalah di mahkamah terhadap tiga pertuduhan baru, dengan tiga lagi diambil kira. Tuduhan itu termasuk menyamar sebagai Encik Rizal untuk menukar kata laluan SingPassnya, dan memohon salinan lesen memandu.



Redzuan, yang dihukum penjara lapan bulan, juga didapati menggelapkan $700 daripada sebuah syarikat kurier tempat dia bekerja - jenayah yang mengakibatkan Encik Rizal ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands Januari lalu.



Beliau dibawa ke Polis Divisyen Bedok dan disoal sebelum dilepaskan.



Encik Naresh Kumar Maryapan, pengarah firma kurier Saiwah Enterprise, berkata beliau mengesahkan melalui gambar polis bahawa mereka menangkap orang tidak bersalah.



"Orang yang menggelapkan wang $700 itu memohon pekerjaan menggunakan salinan kad pengenalan Encik Rizal dan lesen memandu yang dibuat atas nama Encik Rizal," kata beliau.



Walaupun Redzuan akan meringkuk di dalam penjara sekali lagi - dia telah menjalani hukuman penjara 17 bulan dan didenda $700 bagi pelbagai kesalahan - perbuatannya menyamar sebagai adiknya membuat Encik Rizal sedih.



Redzuan menyamar sebagai adiknya lebih 12 kali sepanjang lebih lebih empat tahun.



"Nama baik saya tercalar," kata Encik Rizal.



Redzuan mula menyamar sebagai adiknya pada 2011, dengan membuat laporan polis untuk mengatakan bahawa dia kehilangan dompet, kad pengenalan dan lesen memandu.



Dia menggunakan laporan ini untuk menyamar sebagai adiknya, menurut dokumen mahkamah.



Setahun kemudian, dia mengambil lesen memandu Encik Rizal, yang memberitahu polis kad pengenalan tentera dan satu salinan kad pengenalan beliau juga hilang.



Redzuan mendapat pekerjaan pada 2013 sebagai pemandu penghantaran dengan dua syarikat berbeza dan mendaftarkan talian telefon mudah alih dalam nama Encik Rizal - mengakibatkan bil berjumlah lebih $1,300.



Pada 2014, Redzuan menggunakan salinan kad pengenalan Encik Rizal untuk mengemukakan ikat jamin $15,000 bagi seorang tertuduh. Encik Rizal berkata beliau terkejut apabila dipanggil ke mahkamah apabila tertuduh, yang beliau tidak kenal, melarikan diri.



Tahun itu, Redzuan juga membuat adiknya menghadapi padah selepas dia ditangkap memandu lori tanpa lesen.



Perbuatan Redzuan merosakkan hubungan mereka. Encik Rizal berkata sambil mengeluh: "Kami tidak bercakap lagi. Dia membuat saya menghadapi banyak masalah..."



Beliau tidak boleh menukar nombor pengenalannya, tetapi Encik Rizal merancang menukar namanya pada September untuk menghentikan identitinya disalah guna.



Pakar keselamatan berkata kes Encik Rizal menunjukkan keperluan seseorang itu melindungi maklumat peribadi mereka, seperti kad pengenalan dan nombor kad pengenalan, yang boleh disalah guna jika jatuh ke tangan yang salah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >