APABILA beliau kembali ke sekolah dua tahun lalu, Encik Mohammed Fahmy Rosly sedar beliau pelajar tertua dalam kelas yang kebanyakan pelajarnya berusia 17 tahun.
Beliau akui pada mulanya berasa janggal tetapi segera mengatasinya kerana tidak ingin mensia-siakan peluang kedua belajar lagi di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.