BELIAU seorang bersemangat waja dan sentiasa bersedia menyahut apa sahaja cabaran, termasuk dalam bidang baru bagi dirinya.
Dengan semangat itulah Encik Abu Bakar Mohd Nor, 51 tahun, berjaya mengatasi segala cabaran yang dihadapinya dengan berkesan dan berdaya melaksana pelbagai tanggungjawab penting yang diamanahkan kepadanya - baik dalam kerjaya mahupun semasa berbakti kepada masyarakat dan negara - dengan penuh cemerlang.