MAJLIS Bandaran AljuniedHougang-Punggol East (AHPETC) akan menghadiri perbicaraan di mahkamah pada 18 Februari ini kerana mengendalikan pameran perniagaan Tahun Baru Cina dari 9 hingga 30 Januari tanpa lesen.
Majlis bandaran yang diuruskan oleh Parti Pekerja (WP) itu berkata mereka telah menerima saman daripada pihak Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).