Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ACM akan pulangkan artifak dikenal pasti sebagai barang curian

Oct 20, 2015 | 11:17 AM



MUZIUM Tamadun Asia (ACM) berkata pada Isnin (19 Okt) ia akan memulangkan patung ukiran yang dikenal pasti sebagai barang curian, apabila diminta oleh kerajaan India.


Patung gangsa abad ke-11 yang menggambarkan dewi Hindu Uma Parameshvari itu antara ratusan artifak budaya berjumlah lebih $148 juta yang dicuri dalam kes penyeludupan seni antarabangsa.


Artifak-artifak itu dipercayai dicuri dan dijual kepada muzium oleh peniaga seni New York, Subhash Kapoor, 65 tahun, yang sedang menunggu perbicaraan di India atas tuduhan mencuri dan penyeludupan.


Dalam satu kenyataan akhbar, ACM berkata ia membeli patung itu daripada galeri Art of the Past milik Kapoor, yang kini telah ditutup, pada harga AS $650,000 ($900,000) pada 2007.


Muzium itu membelanjakan AS$1,328,250 bagi memperoleh 30 objek daripada galeri tersebut antara 1997 hingga 2010.


Artifak bertarikh dari akad ketiga hingga ke-19 itu termasuk ukiran, lukisan, serpihan seni bina, mainan kerincingan purba dan manuskrip.


Pada Januari, Lembaga Warisan Kebangsaan menjemput agensi kebangsaan yang mengawasi karya kuno di India, Penyelidikan Arkeologi India (ASI), membincangkan patung tersebut itu dan memeriksa 29 objek lain.


ASI secara rasmi meminta artifak itu dipulangkan pada Jun.


"Walaupun tidak ada bukti muktamad bahawa patung itu dicuri dari sebuah kuil Shiva di Tamil Nadu, India, ACM mengambil kira pengakuan Aaron Freedman, pengurus Art of the Past... Patung itu dikenal pasti secara khusus oleh Mr Freedman sebagai salah satu daripada 150 objek yang dicuri," kata ACM.


Muzium itu menambah bahawa ia akan "memulakan prosiding undang-undang bagi menuntut pampasan" daripada Art of the Past.


Ia juga berkata 29 objek lain yang ia ada tidak dinamakan dalam pengakuan Mr Freedman, dan tiada maklumat mengenai artifak-artifak tersenarai dalam daftar antarabangsa artifak curian, atau di mahkamah undang-undang.


"Sebagai sebuah muzium negara yang dibiayai awam, ACM melaksana usaha wajar ketat mengikut prosedur semasa muzium ini dalam pemerolehan, yang mengikut taraf amalan antarabangsa," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >