Ada kencing manis boleh makan durian? Tanya Dr Elly

TANYA apa sahaja mengenai kesihatan dan kesemuanya akan cuba dijawab oleh Dr Elly Sabrina Ismail.

Yang penting, masyarakat Melayu lebih tahu tentang kesihatan, lebih sihat dan kuat, bukan demi diri sendiri sahaja, malah keluarga dan orang tersayang.

Itulah peluang dan pelbagai panduan yang disediakan untuk anda di sesi sarapan Santai Bersama Doc Elly anjuran Berita Harian Sabtu ini.

Sesi itu akan diadakan di restoran Fig & Olive di 76 Shenton Way.

Semasa sesi itu, Dr Elly, seorang doktor keluarga, akan memberi nasihat untuk membantu peserta mencapai tahap kesihatan lebih baik dan diet harian lebih sihat untuk mengekalkan kesihatan.

Beliau akan mengajak masyarakat Melayu meningkatkan ilmu dan kemahiran demi menikmati tahap kesihatan lebih baik melalui amalan gaya hidup sihat.

Tujuan beliau ialah merubah landskap kesihatan masyarakat, tetapi setiap individu harus bertanggungjawab sendiri ke atas kesihatannya dan mengajak keluarganya terlibat sama.


SANTAI BERSAMA DOC ELLY

TARIKH: Sabtu, 9 September

TEMPAT: Restoran Fig & Olive di 76 Shenton Way

WAKTU: 10 pagi hingga 12 tengah hari

PENGANJUR: Berita Harian (BH)

TETAMU: Dr Elly Sabrina Ismail; pakar pemakanan, Cik Humairah Hameed Maricar, yang akan bercakap mengenai pemakanan sihat; dan Cef Fig & Olive, yang akan menunjukkan cara menyediakan sarapan sihat, snek sihat dan makanan untuk minda.

TEMPAT: Terhad. Hanya 50 tempat disediakan untuk peserta

BAYARAN: $30 seorang

PENDAFTARAN: E-mel bhpromo@sph.com.sg bagi pendaftaran (subjek: Dr Elly)

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.