PERNIAGAAN dan pengalaman beliau dalam menghasilkan wangi-wangian selama ini telah mendorong Encik Johari Kazura menganjurkan beberapa bengkel untuk mengongsi ilmunya dan mengajar orang ramai mengenai seni membuat minyak wangi.
Encik Johari, 40 tahun, memperoleh pengetahuan mengendalikan perniagaan menjual minyak wangi sendiri hasil pendedahan dan pengalaman yang diwarisi daripada bapa dan arwah datuknya sejak kecil hingga beliau berjaya membuka kedainya sendiri - Sifr Aromatics - yang menjual pelbagai jenis minyak wangi, pada 2009.