Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ADB rendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia, Singapura

Mar 30, 2016 | 12:12 PM



MANILA: Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi rantau membangun Asia, termasuk Singapura, memberi halangan global dan prospek lebih lemah untuk China sebagai penyebabnya.



Rantau membangun Asia akan berkembang 5.7 peratus tahun ini dan pada 2017, kata ADB, yang berpangkalan di Manila, dalam Ramalan Pembangunan Asia terkini yang dikeluarkan pada Rabu (30 Mac).



Dalam laporan tinjauan Disember lalu, ADB mengunjurkan pertumbuhan 6 peratus bagi rantau membangun Asia, yang dibentuk 45 negara di Asia Pasifik, tahun ini.



Rantau itu , berkembang 5.9 peratus tahun lalu.



Bagi Singapura, bank itu meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2 peratus tahun ini, turun daripada unjuran 2.3 peratus pada Disember lalu, dan 2.2 peratus pada 2017.



Ekonomi Singapura berkembang 2 peratus tahun lalu.



Bagi Asia Tenggara, ia meramalkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun ini, daripada 4.4 peratus tahun lalu, dan 4.8 peratus pada 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >