Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adi Putra kahwin lagi?

Jul 18, 2016 | 05:30 AM



BETULKAH pelakon popular asal Singapura, Adi Putra, kahwin lagi?



Demikian soalan yang berligar di fikiran para peminat pelakon tersebut sejak foto pernikahannya menjadi viral lewat malam kelmarin sedang pelakon itu sendiri sehingga kini terus menyepi.



Malah, panggilan dan mesej WhatsApp Berita Harian (BH) kepada pelakon, yang telah bermastautin di Malaysia itu, juga tidak dijawab.



Namun, beberapa laman hiburan seberang Tambak juga 'mengesahkan' berita tersebut berdasarkan sumber-sumber yang rapat dengan Adi.



Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 35 tahun, dikatakan telah bernikah dengan, Norshahida Zolkafly, 33 tahun, yang bertugas di bahagian korporat sebuah agensi kerajaan, dalam satu majlis tertutup, menurut satu laporan Utusan Malaysia.



Dalam gambar pernikahan itu yang sudah tersebar di media sosial, Adi dan wanita yang didakwa sebagai isteri keduanya itu memilih pakaian sedondon berwarna kuning air, dengan Adi mengucup dahi wanita tersebut.



Menurut laporan itu lagi, isteri baru Adi itu dikatakan seorang ibu tunggal beranak satu dan mereka turut menjalankan perniagaan bersama sejak setahun lalu.



Sementara itu, menyusuli berita pernikahan keduanya, pagi semalam, akaun Instagram rasmi Adi Putra membuat pengumuman bahawa majlis Aidilfitri bersama kelab peminatnya yang dijadualkan semalam dibatalkan pada saat-saat akhir.



Majlis Aidilfitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang, Kuala Lumpur. Menurut akaun tersebut, acara itu dibatalkan kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dimaklumkan.



Ketika dihubungi, anggota Kelab Peminat Adi Putra Singapura, Encik Kasman Suratman, berkata:



"Ramai peminat Adi di sini terkejut dengan berita pernikahan keduanya itu... jadi kami ghairah menanti Adi keluar dan beri kenyataan."



Cik Rahimah Sukur, Pengarah Urusan syarikat Impact Music & Entertainment, yang rapat dengan Adi, enggan mengulas kesahihan berita pernikahan tersebut.



"Biar Adi sendiri yang ceritakan," ujar beliau.



Adi dijadualkan merakamkan lagu genre pop dengan elemen ketuhanan menerusi syarikat Cik Rahimah dengan kerjasama Jaybon Music minggu depan.



Pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster dan Suami Aku Ustaz, dan terkini drama Cinta Wedding Planner bersama pelakon popular Malaysia, Mira Filzah, sudah pun mendirikan rumah tangga dengan Aida Yusof, 41 tahun, pada April 2006.



Percubaan BH menghubungi Aida gagal.



Adi pernah memfailkan permohonan perceraian pada Mei 2012, namun menarik balik permohonan tersebut.



Sementara itu, menurut laporan Utusan Malaysia, Aida berkata beliau berharap "pihak media memahami keadaan beliau sekarang ini".



Menurutnya, beliau enggan mengulas mengenai berita mengenai suaminya menikahi isteri kedua itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >