Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adik dipenjara 12 bulan kerana kelar muka abang

Oct 18, 2016 | 03:02 PM



SEORANG lelaki yang menggunakan pisau untuk mengelar muka abangnya, menyebabkan luka kira-kira 15 sentimeter panjang, dipenjara 12 bulan pada Selasa (18 Okt) kerana menyebabkan kecederaan parah.



Jasman Sertrosentorno, 44 tahun, kini seorang pembantu gudang, mengaku bersalah menyebabkan parut kekal pada muka abangnya, Encik Sahad, 50 tahun, di sebuah kedai kopi di Clementi Avenue 5 pada 2 Mei.



Siasatan mendapati sebelum 5 pagi hari itu, Encik Sahad bertemu temanitanya, Cik Norliza Abdul Amit, 46 tahun, di kedai coffe di Blok 345 Clementi Avenue 5 untuk minum.



Jasman menelefon Cik Norliza dan memberitahu beliau jangan bertemu abangnya. Dia dan keluarganya tidak suka hubungan Encik Sahad dengan Cik Norliza kerana beliau sudah bersuami.



Cik Norliza memberitahu Encik Sahad mengenainya dan Encik Sahad menelefon Encik Jasman untuk memberitahunya supaya jangan masuk campur.



Encik Sahad juga memberitahu adiknya di mana dia berada.



Diiringi seorang saudara tiri lelaki dan dua ahli keluarga perempuan, Jasman pergi ke kedai kopi itu pada kira-kira 5 pagi untuk bersemuka dengan abangnya.



Dia membawa pisau dan menyembunyikannya di dalam seluarnya.



Jasman menghampiri Encik Sahad dan melahirkan rasa marah beliau pergi berjumpa Cik Norliza daripada menjaga anak saudara tiri mereka.



Satu pertikaian tercetus. Jasman mengeluarkan pisau itu dan mengayunkannya pada Encik Sahad, yang mengayunkan kerusi sambil berundur.



Jasman kemudian mengelar abangnya di kira mukanya, manakala dia sendiri luka di bibir terkena kerusi.



Polis kemudian dipanggil. Jasman dan ahli keluarganya pulang ke rumah, sementara Cik Norliza membawa Encik Sahad ke hospital dengan menaiki teksi.



Jasman ditangkap pada 9 Mei.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gail Wong, yang memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih 12 bulan, berkata Jasman datang bersenjatakan pisau, menunjukkan elemen merancang terlebih dahulu.



Peguam Jasman, Encik Tan Jeh Yaw, dalam mitigasi berkata anak guamnya, seorang duda, amat menyesali kejadian itu.



Dua beradik itu bertemu selepas kejadian tersebut pada 12 Mei dan mereka berpelukan, terharu oleh kasih sayang terhadap satu sama lain.



Encik Sahad telah memaafkan adiknya, dan kejadian itu membuat mereka lebih rapat.



Hukuman maksimum bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah ialah penjara 10 tahun atau denda atau rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >