Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC lantik Kwek Mean Luck Peguam Cara Negara, Mavis Chionh Peguam Cara Negara Kedua

Dec 02, 2016 | 02:36 PM



JABATAN Peguam Negara (AGC) telah melantik Peguam Cara Negara Kedua Kwek Mean Luck, 43 tahun, sebagai Peguam Cara Negara berkuatkuasa 16 Jan.



Pada masa sama, Peguam Cara Negara Ketiga Mavis Chionh, 47 tahun, akan menjadi Peguam Cara Negara Kedua, umum AGC dalam satu kenyataan pada Jumaat (2 Dis).



Encik Kwek, yang mengambil alih daripada Peguam Cara Negara Lionel Yee Woon Chin, memulakan kerjaya guaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Perundangan.



Beliau telah memegang pelbagai jawatan, termasuk Hakim Daerah di Mahkamah Rendah (kini Mahkamah Negara) dan Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Agung.



Beliau dilantik sebagai Peguam Cara Negara Kedua pada 1 Julai 2015.



Encik Kwek, yang lulus ijazah muda undang-undang dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Cambridge pada 1995, juga pernah berkhidmat dalam lembaga beberapa agensi pemerintah, seperti Lembaga Warisan Negara, Perbadanan Pembangunan Sentosa, Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Kolej Perkhidmatan Awam.



Cik Chionh, yang lulus ijazah muda undang-undang dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Oxford pada 1991, memulakan kerjaya guaman sebagai Kerani Undang-Undang Hakim di Mahkamah Agung pada 1991.



Peguam Negara V.K. Rajah, 59 tahun, berkata beliau telah kenal dan bekerja lama dengan kedua-duanya.



"Kemahiran, pengalaman dan rekod Min Luck membuat beliau lebih daripada layak untuk memikul tanggungjawab Peguam Cara Negara," katanya.



Beliau berkata pelantikan Cik Chionh "satu pengiktirafan sumbangan beliau serta pengesahan bahawa beliau akan memainkan peranan penting dalam memimpin AGC ke arah kecemerlangan institusi".



Encik Rajah, yang akan digantikan sebagai Peguam Negara oleh peguam korporat terkemuka Lucien Wong, 63 tahun, mulai 14 Jan, berkata pelantikan itu memberi jaminan bahawa beliau "akan meninggalkan AGC dengan sebuah pasukan kepimpinan sangat kuat sudah terletak".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >