Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC sedang kaji kes Joshua Robinson: Shanmugam

Mar 07, 2017 | 08:32 AM



WALAUPUN terdapat "kebimbangan awam" mengenai hukuman penjara yang dikenakan ke atas seorang instruktor seni bela diri warga Amerika Syarikat Khamis (2 Mac) lalu, sekarang bukan masa sesuai untuk mengulas mengenai kes itu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Ini kerana masa untuk memfailkan rayuan belum berakhir lagi, katanya.



"AGC (Pejabat Peguam Negara) membuat keputusan berdasarkan duluan, dan apa jenis hukuman yang dikenakan bergantung pada kes-kes sebelum ini," katanya.



"Selepas menyatakan ini, apa yang saya fahami ialah Pejabat Peguam Negara sedang melihat perkara ini," tambah beliau.



Encik Shanmugam berkata demikian ketika ditemui di sebuah acara berbasikal amal pada Isnin (6 Mac).



"Saya boleh memahami bahawa ada kebimbangan awam mengenai hukuman itu. Orang ramai secara semula jadi kecewa, ibu bapa khususnya," katanya.



Joshua Robinson, 39 tahun, melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dengan dua budak perempuan berusia 15 tahun, merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya dan menunjukkan klip lucah tersebut kepada seorang budak perempuan ketiga yang baru berusia enam tahun.



Dia juga memiliki 321 filem mengandungi pornografi kanak-kanak, dengan budak berusia semuda dua tahun. Bilangan itu dipercayai jumlah terbesar filem yang dirampas daripada seorang individu di Singapura.



Robinson dihukum penjara empat tahun, sesuatu yang menarik banyak perbincangan awam.



Dalam satu pos Facebook Jumaat lalu, yang telah turunkan, bapa kanak-kanak berusia enam tahun itu melahirkan rasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas Robinson, yang beliau sifatkan sebagai "satu hukuman ringan".



Satu petisyen dalam talian terhadap hukuman itu, yang dimulakan Ahad (5 Mac) lalu, telah menarik lebih 8,000 tanda tangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >