Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi kependudukan, perubahan iklim di bawah Kumpulan Strategi PMO mulai Ogos

Jul 08, 2016 | 08:21 AM



DUA agensi bertanggungjawab bagi kependudukan dan menangani perubahan iklim akan disusun semula bulan depan, dalam usaha menyelaras dengan lebih baik strategi negara di seluruh Pemerintah.



Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD dan Sekretariat Perubahan Iklim Negara (NCCS) kini bahagian berasingan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Mulai 1 Ogos, dua agensi itu akan berada di bawah divisyen strategi nasional PMO, dikenali sebagai Kumpulan Strategi.



Pada hari sama, setiausaha tetap dua agensi itu akan bersara daripada perkhidmatan pentadbiran.



Encik Niam Chiang Meng, 58 tahun, akan bersara selepas kerjaya perkhidmatan awam selama 33 tahun, umum Divisyen Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Khamis (7 Jul).



Jawatan itu akan diambil alih oleh Encik Peter Ong, setiausaha tetap strategi yang juga ketua perkhidmatan awam.



Meletak dua agensi itu di bawah Kumpulan Strategi "akan meningkatkan pelakaran strategi dan perancangan mengenai isu-isu penting yang merangkumi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan", kata JPA.



Kumpulan Strategi itu diwujudkan Julai tahun lalu untuk menyokong Perdana Menteri dan Kabinet dalam menetapkan keutamaan Singapura dan memastikan Pemerintah bertindak secara bersepadu.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, menteri bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam, mengucapkan terima kasih kepada Encik Niam kerana kepimpinan dan sumbangannya.



Beliau dilantik sebagai setiausaha tetap bagi NPTD pada 2011 dan bagi NCCS setahun kemudian.



Di bawah kepimpinan beliau, NPTD memprbaiki dasar perkahwinan dan keibubapaan, dan melaksana strategi untuk mengukuhkan integrasi masyarakat dan mendekati rakyat Singapura di luar negara, kata JPA.



Di NCCS, beliau mengetuai usaha Singapura mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mencapai pertumbuhan ekonomi cekap karbon.



Encik Niam dianugerah Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 1995 dan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) pada 2001.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >