Agensi pembantu rumah akan dinilai di bawah dua skim baru

AGENSI pembantu rumah akan dinilai - oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Persatuan Pengguna Singapura (Case) dan dan majikan - di bawah dua skim baru yang bertujuan meningkatkan taraf perkhidmatan mereka.

Case dan MOM akan memberi agensi gred di bawah skim pertama, yang dipanggil Trustmark. Kriteria penilaian akan ditentukan oleh dua pertubuhan itu dan industri.

Agensi perlu digred sebelum mereka dibenarkan memperbaharui lesen mereka, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Sam Tan, dalam sebuah seminar industri pada Rabu (9 Mac).

Mereka juga akan dikehendaki memaparkan sijil gred mereka dengan jelas di premis mereka bagi membantu majikan membuat keputusan berpengetahuan, katanya.

Encik Tan berkata kementerian itu sering menerima maklum balas mengenai keadaan menyedihkan apabila harapan kedua-dua pihak, majikan dan pembantu rumah, tidak dipadankan dengan baik dan ini menjejas hubungan pekerjaan.

Beliau berkata: "Apabila ini berlaku, kedua-dua (pembantu rumah) dan keluarga berasa tertekan."

Di bawah skim kedua, majikan menilai agensi yang perkhidmatannya digunakan mereka. Sistem ini dibangunkan oleh MOM, dan maklum balas majikan akan didedah kepada umum di laman web kementerian itu.

Sistem penarafan oleh majikan ini akan dilaksana menjelang Jun ini. Skim

Skim Trustmark akan dilancarkan menjelang Disember tahun depan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.