AGENSI ketiga yang menawarkan dana kepada Majlis Pusat bagi projek penyalaan lampu Hari Raya (HRLU) 2011 dan 2012 iaitu Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) tampil memberi kenyataan di Mahkamah Negara, semalam.
Dua agensi pendanaan lain yang telah memberi kenyataan termasuk Lembaga Totalisator Singapura, atau Tote Board, dan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD).