Agensi perbandaran diwujudkan

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pembentukan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) bagi menyelaraskan pelbagai agensi perkhidmatan awam.

Menurut Encik Lee, langkah ini dibuat kerana pemerintah ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Menurut Encik Lee, tugas dan tanggungjawab yang terbahagi yang dihadapi agensi-agensi pemerintah telah menimbulkan kesukaran dan rasa tidak senang hati di kalangan rakyat.

"Kita mesti dan boleh melakukan lebih baik lagi untuk merapatkan sempadan antara agensi dan memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih sepadu," ujarnya,

Encik Lee turut mengumumkan perlantikan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Sekitaran, Cik Grace Fu, untuk menyelia agensi baru ini yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Beliau turut menyatakan bahawa Cik Fu akan bekerja bersama-sama dengan Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, dalam hal ini.

Kata Encik Lee, peranan utama Pejabat Khidmat Perbandaran ini adalah untuk menyelaraskan perkhidmatan agensi-agensi lain - Penguasa Pengangkutan Darat (LTA); agensi air negara (PUB); Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA); Lembaga Taman Negara (NParks); Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB); Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dan polis.

Perincian tentang penubuhan agensi baru ini akan diumumkan nanti.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.