Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGO: Tol kira-kira $13.9j tidak dipungut dek kelemahan dalam kawalan LTA

Jul 26, 2016 | 03:22 PM



PEJABAT Ketua Audit Negara (AGO) mendedahkan dalam laporan tahunannya pada Selasa (26 Julai) bahawa kawalan lemah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Kawalan ke atas kutipan tol di kedua-dua pusat pemeriksaan darat mungkin telah mengakibatkan kehilangan pendapatan yang berpotensi.



Sekitar $13.93 juga dianggar hilang akibat kutipan lebih rendah daripada sepatutnya di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada tahun kewangan 2014/2015, kata laporan itu.



Ini membentuk 21.9 peratus daripada jumlah tol sebanyak $63.54 juta yang dikumpul LTA bagi pihak Pemerintah dalam tahun kewangan itu.



AGO berkata semasa audit, ia perhatikan kekurangan sistem berkesan di kios imigresen bagi memastikan kenderaan dibenarkan berlepas hanya selepas tol dibayar.



LTA bersetuju bahawa terdapat keperluan mengkaji semula kawalan dan penguatkuasaan ke atas kutipan hasil di kedua-dua pusat pemeriksaan.



Ia memaklumkan AGO bahawa ia telah dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan untuk meningkatkan sistem dan "menangani jurang dalam kawalan".



Dalam satu dapatan berasingan, AGO berkata LTA belum memeterai Perjanjian Pajakan dan Penyenggaraan (LMA) berkaitan kemudahan bukan rel dan aset bagi Laluan Circle (CCL).



Ini walaupun pengendali CCL - SMRT - telah diberi lesen mulai Mei 2009 dan ia seharusnya memeterai LMA dalam tempoh 180 hari selepas tarikh kuat kuasa lesen itu.



Akibatnya, LTA tidak mendapat cukai hartanah berjumlah kira-kira $960,000 daripada SMRT bagi penyerahan stesen CCL.



Dalam penjelasannya, LTA berkata peringkat akhir LMA terganggu oleh beberapa peristiwa yang mengakibatkan penggantungan rundingan antara dua pihak itu.



LTA memaklumkan AGO ia kini telah menandatangani LMA dengan SMRT pada 26 April lalu dan juga mendapat cukai harta terkumpul berjumlah $1.13 juta pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >