Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahad Bebas Kereta disambung mulai 30 Okt dengan kawasan lebih luas

Oct 25, 2016 | 02:22 PM



SELEPAS dua bulan dihentikan, acara Ahad Bebas Kereta disambung semula mulai Ahad (30 Okt) ini, dengan lebih banyak jalan ditutup dan tempoh penutupan lebih panjang.



Acara bulanan itu, yang berlangsung selama enam bulan awal tahun ini, akan diperluas dari kawasan Daerah Pusat Perniagaan dan Daerah Sivik ke kawasan pemuliharaan Telok Ayer.



Masa penutupan jalan pula dipanjang dari 8 hingga 11 pagi, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, pada Selasa (25 Oktober).



"Ahad Bebas Kereta SG satu langkah ke arah wawasan lebih luas daripada matlamat masyarakat kurang gunakan kereta dan mesra rakyat," tulis beliau dalam sebuah pos blog.



Di bawah acara itu, beberapa jalan raya ditutup sepenuhnya sementara yang lain sebahagiannya, untuk menyediakan ruang bagi orang ramai berjalan, berlari-lari anak, berbasikal dan mengambil bahagian dalam kegiatan riadah, seperti senaman beramai-ramai.



Acara perintisnya antara Februari dan Julai lalu menarik "puluhan ribu rakyat Singapura", kata Encik Wong. "Kami menerima banyak maklum balas positif. Ramai meminta kami meneruskan acara tersebut, dan mengembangkan laluan bebas kereta," ujarnya.



Acara tersebut diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan. Kali ini, ia akan berlangsung hingga April tahun depan pada tarikh berikut: 30 Okt 30, 27 Nov, 22 Jan, 26 Feb, 26 Mac dan 30 April.



Ia tidak diadakan pada Disember memandangkan kawasan Marina Bay dan Daerah Sivik akan digunakan bagi acara kira detik ketibaan Tahun Baru, kata Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA).



Pada Januari, ia akan diadakan pada Ahad keempat memandangkan Tahun Baru Cina jatuh pada akhir bulan itu.



Kali ini, Ahad Bebas Kereta termasuk lingkaran Telok Ayer - merangkumi McCallum Street, Amoy Street, Boon Tat Street, Telok Ayer Street dan Stanley Street.



Dengan ini, laluan jalan kaki dan basikal menjadi kira-kira 5.5km panjang, berbanding 4.7km sebelum ini.



Bagi acara pada 30 Okt, orang ramai boleh menikmati lawatan berpandu percuma dari Kuil Thian Hock Keng di Telok Ayer Street.



Terdapat juga laluan jalan kaki pendidikan sepanjang Ann Siang Hill dan Telok Ayer Green, sambing membincangkan perdagangan dan cara hidup pendatang awal Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >