Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahad Bebas Kereta disambung mulai Okt, mungkin dilaksana di estet HDB

Jun 27, 2016 | 09:03 AM



SKIM Ahad Bebas Kereta di tengah bandar akan dilanjutkan mulai Oktober dan mungkin diperluas ke kawasan teras Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Skim percubaan enam bulan itu, di mana jalan raya di sekitar Daerah Pusat Perniagaan (CBD) dan Daerah Sivik ditutup kepada kenderaan pada pagi Ahad terakhir setiap bulan, berakhir pada Julai.



Ia dihentikan dua bulan untuk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengkaji skim itu sebelum menyambungnya pada Oktober, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong ketika ditemui di acara itu.



"Ia satu kejayaan besar," kata Encik Wong mengenai skim percubaan itu, yang bermula pada Februari. "Sambutan yang diterima sangat positif," katanya, dengan "beberapa ribu" orang menyertainya setiap bulan.



URA belum membuat keputusan berapa lama ia akan dilanjutkan mulai Oktober.



"Kami akan melakukan satu lagi pusingan, mungkin enam bulan atau lebih," kata Encik Wong, sambil menambah perubahan yang akan dilakukan ke atas skim itu mungkin termasuk mempelbagai laluan dan memperluas zon bebas kereta untuk orang ramai berjalan dan berbasikal.



"Mudah-mudahan, ini menjadi satu ciri asas dalam Daerah Sivik," katanya.



Acara Ahad Bebas Kereta satu bahagian penting dalam wawasan Singapura kurang gunakan kereta, ujar Encik Wong.



"Wawasan itu bukan tentang kurang menggunakan kereta sahaja, bahkan tentang membuat ruang awam mesra orang ramai dan bersemangat supaya orang ramai boleh melihat ada faedahnya mempunyai zon bebas kereta."



Idea itu juga boleh diperluas bagi merangkumi kawasan teras, katanya.



"Jika ada kumpulan masyarakat atau pertubuhan ingin mengambil idea ini dan melaksananya di kawasan teras HDB, kami juga sangat berminat melakukannya."



Semasa edisi kelima Ahad Bebas Kereta pada Ahad (26 Jun), URA menjemput orang ramai memasak dan mengagih makanan percuma kepada peserta.



Ia juga menjemput sukarelawan daripada Play It Forward, sebuah kumpulan yang memperelok semula piano lama dan meletaknya di tempat awam untuk digunakan orang ramai. Beberapa piano diletak di sepanjang Sungai Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >