Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli akademik Norshahril Saat Bawean Teladan

Diiktiraf atas pencapaian, sumbangan beliau kepada masyarakat Islam setempat, negara
May 16, 2023 | 05:30 AM



ZAMIL Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menjadi penerima ke-10 Anugerah Bawean Teladan yang disampaikan petang Sabtu.



Dr Norshahril, 40 tahun diberi pengiktirafan tersebut atas pencapaian, serta sumbangan beliau bukan sahaja untuk masyarakat Islam setempat, malah di peringkat nasional juga.



Ini dinyatakan, Presiden Persatuan Bawean Singapura (PBS), Encik Faizal Wahyuni, semasa dihubungi wartawan.



"Pencapaian beliau bukan sahaja di peringkat akademik, malah beliau juga menabur bakti kepada masyarakat," katanya.



Diminta komennya, Dr Norshahril, yang juga pengerusi di Yayasan Warisan Melayu menganggap penyampaian tersebut merupakan pengiktirafan dalam kerjayanya sebagai pengamat politik dan kemasyarakatan.



"Dengan dorongan ini, saya harap dapat melakukan lebih lagi buat masyarakat demi kemajuan masyarakat Bawean, Melayu dan juga kebangsaan.



"Saya beranggapan bahawa setiap orang boleh menjadi teladan jika kita melakukan pekerjaan kita dengan baik. Saya ambil teladan daripada keluarga saya sendiri, dan juga leluhur masyarakat Bawean, yang bersemangat membantu sesama kita," katanya, yang juga bilal solat Jumaat di salah sebuah masjid di sini.



Anugerah disampaikan tetamu terhormat mantan Anggota Parlimen, Encik Yatiman Yusof, di Hotel Furama Riverfront.



Kali terakhir anugerah ini disampaikan ialah pada 2019 kepada mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Mohamad Rais.



Sepanjang 10 tahun lalu, para penerima ABS termasuk Allahyarham Ustaz Embek Ali; usahawan dan ikon media sosial, Encik Sujimy Mohamad; mantan wartawan Berita Harian, Encik Saini Salleh; pengarah filem, Encik Sanif Olek; dan wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi.



Sementara itu, Encik Faizal juga berkongsi bahawa PBS yang ditubuhkan pada 1934 bertujuan menghantar anggota remajanya ke Indonesia sebagai satu pertukaran dengan Perkumpulan Keluarga Bawean Batam (Perkab) untuk menubuhkan Sanggar Seni Budaya Phebien di Batam.



"PBS telah lama hendak tubuhkan jabatan budayanya sendiri tapi biasanya masalah kami sedar ada anak-anak muda selepas lima atau enam tahun akan didaftarkan untuk Perkhidmatan Negara (NS), atau ada yang kemudian berkahwin.



"Maka mereka akan mula sibuk dengan tugas masing-masing. Justeru, salah satu cabaran adalah untuk mencari ahli-ahli baru.



"Jadi selepas difikirkan, cara terbaik adalah dengan berkolaborasi dengan Perkab untuk bentuk akademi seni budaya Bawean di sana.



"Kami juga akan adakan program pertukaran untuk anak-anak generasi muda Bawean Singapura dengan di Indonesia untuk adakan program pertukaran di sini dan di sana.



"Ini kami harap dapat dihidupkan semula persembahan budaya Bawean dan menimbulkan minat dalam kalangan muda di Singapura dan Indonesia untuk lebih menghargai budaya tradisi Bawean ini," katanya.




"Dengan dorongan ini, saya harap dapat melakukan lebih lagi buat masyarakat demi kemajuan masyarakat Bawean, Melayu, dan juga kebangsaan.
Saya beranggapan bahawa setiap orang boleh menjadi teladan jika kita melakukan pekerjaan kita dengan baik. Saya ambil teladan daripada keluarga saya sendiri, dan juga leluhur masyarakat Bawean, yang bersemangat membantu sesama kita."
- Dr Norshahril Saat, Zamil Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak dan penerima Anugerah Bawean Teladan ke-10.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >