Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli fakulti, staf NTU derma cuti tahunan bernilai $10.25j biaya pelajar

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 1,800 ahli fakulti dan kakitangan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan mendermakan cuti tahunan mereka yang tidak digunakan bernilai $10.25 juta kepada pembiayaan dan bantuan pelajar universiti tersebut.



Dalam satu kenyataan semalam, NTU berkata antara 1,821 pekerja yang telah menderma itu, setiap pekerja mendermakan cuti mereka sepanjang 11 hari secara purata, manakala pendermaan tertinggi ialah sepanjang 15 hari.



Secara keseluruhan, pekerja tersebut menyumbangkan sepanjang 20,145 hari cuti tahunan mereka yang tidak digunakan itu, jelas NTU.



Pendermaan ini merupakan inisiatif baru oleh NTU yang bernama Latihan Pendermaan dan Penebusan Cuti NTU.



Ia membolehkan pekerja mendermakan cuti tahunan mereka yang tidak digunakan itu untuk menyumbang kepada bantuan dan pembiayaan pendidikan dan kehidupan pelajar atau kemajuan universiti.



Sebahagian langkah penyertaan latihan tersebut, kesemua pekerja NTU diberikan pilihan untuk menebus secara sukarela, nilai cuti tahunan mereka yang tidak digunakan, berdasarkan kadar pendapatan setiap individu untuk diderma kepada dana NTU pilihan mereka.



Pendermaan mereka ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pemberian Fakulti dan Staf yang diadakan setiap tahun bagi pekerja menghulurkan sokongan mereka kepada program universiti serta kemajuan dan kejayaan pelajar.



Menyusuli itu, Cik Tan Aik Na, Timbalan Presiden Kanan NTU (Pentadbiran), berkata:



"Pendermaan pekerja ini menunjukkan betapa prihatin masyarakat OneNTU terhadap kejayaan dan kesejahteraan pelajar kami.



"(Kehidupan) Setiap orang telah terjejas akibat Covid-19, namun terdapat mereka yang mengalami kesan yang lebih teruk berbanding orang lain. Sebilangan pelajar kami mempunyai ibu bapa yang telah pun mengalami kehilangan pekerjaan dan ada juga yang dipotong gaji.



"Jadi ia amat penting, semasa pandemik ini untuk kami berganding bahu sebagai (masyarakat) OneNTU untuk membantu pelajar berkenaan," tekan Cik Tan.



Pekerja diberi pilihan untuk menyumbang kepada dermasiswa universiti, pembiayaan umum, dana kehidupan pelajar dan pendidikan atau 18 Dana Kemajuan Pusat atau Sekolah lain yang menyokong projek dan kegiatan kelab pelajar seperti seminar dan inisiatif kajian baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >