Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AHPETC kemuka akaun tepat pada masa

Sep 01, 2015 | 10:37 AM



MAJLIS bandaran Parti Pekerja (WP) mengemukakan akaunnya tepat pada masanya semalam dan menyatakan ia mempunyai lebihan tahunan sebanyak $ 1.7 juta, jika geran pemerintah diambil kira.


Bagaimanapun, akaun Masjlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) itu masih gagal disahkan sempurna sepenuhnya oleh juruauditnya sendiri.


Juruaudit majlis bandar ini, Alliance Audit, mengeluarkan laporan berteguran ke atas akaun itu atas sebab pemindahan lewat ke dana terikat dan pembayaran salah menggunakan dana tersebut, dan memberi laporan penafian memandangkan ia tidak dapat menentukan ketepatan dan kesahihan beberapa perkara dalam akaun itu.


Selain daripada itu, juruaudit tersebut berkata rekod betul telah disimpan selaras dengan undang-undang.


Semalam tarikh akhir bagi AHPETC memfailkan akaun yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2014/2015.


Dalam kata pengantar akaun itu, pengerusi WP dan AHPETC, Cik Sylvia Lim, berkata set akaun terbaru itu menunjukkan "peningkatan ketara" kedudukan kewangan majlis bandaran itu.


Beliau mengakui mengikut akaun yang telah diaudit, majlis bandaran itu mengalami defisit.


Namun, jika geran pemerintah sebanyak $7.2 juta, yang belum diterima, diambil kira, ia mempunyai lebihan operasi $1.7 juta.


Pemberian geran itu ditahan Kementerian Pembangunan Negara (MND) selepas masalah serius kewangan dan tadbir urus ditemui di majlis bandaran itu oleh Pejabat Ketua Audit Negara.


Dalam surat terbuka dalam talian kepada penduduk di ketiga-tiga kawasan undi WP, Cik Lim berkata kedudukan positif itu hasil gabungan langkah-langkah yang diambil AHPETC, termasuk mengurangkan kos perbekalan, mengurangkan perbelanjaan am dan pentadbiran, dan meningkatkan pendapatan.


Dua hari lalu, MND menyatakan dalam satu kenyataan bekas ejen pengurusan majlis bandaran itu, EM Solutions and Services (FMSS) meraih keuntungan bersih selepas cukai sebanyak $2 juta selepas membayar pengarah dan pemegang sahamnya gaji berjumlah $1.14 juta pada tahun kewangan 2013-2014 .


Dalam tempoh sama, majlis bandar mengalami defisit operasi sebanyak $2 juta.


Dalam suratnya, Cik Lim juga menafikan dakwaan bahawa AHPETC bankrap dan mengalami defisit besar yang tidak dapat ditanggung berterusan, menyikatkan dakwaan itu "salah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >