Air susu diberi ibu, tuba dibalas anak

SEORANG ibu tua bimbang tentang penyakit kencing manis anak lelakinya dan mahu dia minum lebih banyak susu yang beliau belikan.

Tetapi si anak membalas keprihatinan ibunya dengan memukul beliau.

Pada Rabu (5 Okt), Xu Xiang Jing, seorang penyelia berusia 30 tahun, mengaku bersalah menumbuk Cik Yeo Poo Moi, 63 tahun, beberapa kali di bahu, mengakibatkan ibunya mengalami lebam.

Mahkamah diberitahu bahawa pada pagi 7 Julai, Xu sedang mencuci dapur flat mereka di Bukit Batok apabila ibunya berkata dia tidak cukup minum susu.

Cik Yeo membeli susu itu untuk anaknya, yang berpenyakit kencing manis.

Xu menjadi jengkel apabila ibunya terus meleterinya walaupun selepas dia masuk ke dalam biliknya.

Dia hilang sabar, pergi ke dapur dan menterbalikkan rak-rak, menyebabkan beberapa botol kaca pecah.

Apabila ibunya mahu membersihkan dapur itu, Xu menolak beliau ke lantai dan menumbuknya beberapa kali di bahu.

Dia kemudian pergi ke biliknya, menghubungi polis dan memberitahu polis dia memukul ibunya.

Xu hadir di mahkamah pada Rabu dengan diiringi seorang rakan wanita muda.

Dalam rayuannya, Xu memberitahu mahkamah dia kesal memukul ibunya, dan meminta diberi peluang kedua hidup aman damai dengan ibunya.

Hakim Lim Keng Yeow meminta Penolong Pendakwa Raya (APP) Prakash Otharam melihat apakah Xu sesuai bagi Perintah Rawatan Mandatori (MTO).

Di bawah MTO, pesalah mesti menghadiri sesi rawatan wajib dengan pakar psikiatri yang ditugaskan Kementerian Kesihatan dan Institut Kesihatan Mental.

Xu dijangka dihukum pada November. Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan, dia boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan denda $5,000.

Waktu Solat

Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,919.370 -