Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AirAsia bakal guna Terminal 4 bila siap pada 2017

Jul 09, 2015 | 04:57 PM



PEMBANGUNAN Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi sedang berjalan lancar, dengan lebih 70 peratus pembinaan bangunan utama terminal itu telah pun siap.


Apabila ia dibuka pada 2017, T4 akan menempatkan kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, termasuk AirAsia (Malaysia), Indonesia AirAsia, Thai AirAsia, selain Korean Air dan Vietnam Airlines.


Ini diumumkan Changi Airport Group (CAG) dalam satu sidang media hari ini, Khamis.


Syarikat penerbangan Hong Kong Cathay Pacific merupakan yang pertama bersetuju untuk menggunakan terminal tersebut.


Enam syarikat itu buat masa kini mengendalikan 800 penerbangan seminggu dari Lapangan Terbang Changi dan merangkumi hampir 7 juta penumpang tahun lalu.


Lebih banyak syarikat penerbangan juga dijangka menggunakan T4, yang lokasinya dahulu merupakan Terminal Bajet.


T4 juga berkemampuan untuk mengendalikan 16 juta penumpang setahun, kata CAG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >