Akar umbi Marsiling ingin dekati 800 warga emas

LEBIH banyak sesi mendekati warga emas di kawasan Marsiling akan diadakan demi mendidik mereka tentang pakej generasi perintis (PGP).

Demikian kata Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Encik Hawazi Daipi, semasa sesi minum kopi Coffee Session di kedai kopi Blok 167, Woodlands Street 11, pagi tadi.

Menurutnya, ramai warga emas masih lagi belum mengetahui tentang manfaat dibawah PGP.

Menerusi Coffee Session yang diadakan itu, Encik Hawazi mendapati isu tokokan Medisave dan konsep MediShield Life merupakan dua perkara utama yang menjadi pertanyaan ramai warga emas.

Oleh itu, beliau berharap pihak jawatankuasa penduduk (RC) dan jawatankuasa perundingan rakyat (CCC) dapat mendekati sekurang-kurangnya 800 warga emas dalam tiga bulan menerusi kegiatan dan sesi lain yang bakal diadakan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.