Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akaun bank di HK milik individu dibeku berkaitan siasatan ke atas 1MDB

May 04, 2016 | 03:24 PM



AKAUN bank di Hong Kong milik beberapa individu tidak dinamakan telah dibekukan berikutan siasatan global ke atas kewangan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd, menurut orang yang mempunyai pengetahuan tentang perkara itu.



Mereka yang akaunnya dibekukan sedang disiasat pihak berkuasa di beberapa negara di luar Malaysia, seperti Singapura, kata sumber-sumber itu, yang meminta tidak dikenal pasti kerana sensitiviti perkara tersebut.



1MDB, yang gagal membayar hutangnya bulan lalu, sedang disiasat beberapa negara, dari Switzerland hingga Amerika Syarikat, berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan penyelewengan, tetapi secara konsisten menafikan salah laku.



Tidak jelas pihak berkuasa Hong Kong mana yang mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau apakah bank yang bertindak sendiri membekukan akaun itu.



Akhbar Financial Times melaporkan pada September lalu bahawa polis Hong Kong sedang menyiasat beberapa deposit berkaitan 1MDB selepas aduan polis dibuat. Malaysia berkata tuntutan tersebut tidak berasas dan bermotifkan politik, kata akhbar itu.



Agensi antirasuah Hong Kong dan polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.



Pihak berkuasa di Singapura berkata pada Februari mereka telah membekukan "jumlah besar" akaun berkaitan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan siasatan 1MDB.



Singapura telah mendakwa dua orang berikutan siasatan terhadap urusan mereka dengan dana dan entiti berkaitan. Pendakwa di Singapura menggambarkan siasatan itu sebagai "siasatan rentas sempadan paling rumit".



Pihak berkuasa di negara lain, seperti Switzerland, juga sedang menyiasat dakwaan bahawa 1MDB telah diguna untuk menyalurkan wang kepada individu yang ada hubungan politik.



Satu jawatankuasa parlimen Malaysia mengenal pasti sekurang-kurangnya AS$4.2 bilion urus niaga tidak teratur oleh 1MDB. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >