Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akaun Paypal kumpulan pengawas online kes Sim Lim digantung

Nov 10, 2014 | 04:26 PM



SEBUAH kumpulan dalam talian yang mendedahkan maklumat peribadi pemilik kedai Sim Lim, Encik Jover Chew, berkata akaun Paypal mereka digantung disebabkan 'kegiatan mencurigakan'.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai SMRT Ltd (Feedback) itu ditubuhkan pada 2011 untuk membuat sindiran dan ejekan mengenai kerosakan pada sistem pengangkutan awam.


SMRT Ltd (Feedback) mula mendedahkan maklumat Encik Chew sejak minggu lalu selepas beliau menggunakan taktik penjualan yang tidak senonoh selain menghina seorang pembeli dari Vietnam.


Maklumat peribadi Encik Chew dan alamat perniagaan beliau yang lain, termasuk maklumat mengenai isterinya, telah dikongsi di forum-forum dalam talian dan juga laman Facebook SMRT Ltd (Feedback).


Gambar-gambar yang menunjukkan beberapa orang yang mengangkat baju bertulis kata-kata kesat di hadapan kedai Mobile Air Shop yang telah ditutup itu juga dapat dilihat di laman itu.


Beberapa pesanan makanan segera juga dihantar ke rumah yang berdaftar atas nama Encik Jover Chew.


Walaupun ada yang memuji tindakan mereka itu, beberapa pemimpin politik telah memberi amaran terhadap langkah melakukan sesuatu di luar undang-undang.


Dalam pos di laman Facebooknya Sabtu lalu, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik S. Iswaran, menyatakan ada di antara mereka itu telah melampaui batas, manakala polis sedang menyiasat kes gangguan berkenaan di Sim Lim Square itu.


"Usah cuba untuk menguruskan perkara ini secara sendiri. Biarlah ia mengikut proses dan langkah-langkah sepatutnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >