Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akauntan dituduh gelapkan wang $40 juta

Jan 14, 2015 | 03:09 PM



SEORANG akauntan telah menggelapkan lebih $40 juta daripada pelbagai syarikat dan menggunakan kebanyakan hasil perbuatan jenayahnya itu untuk berjudi dan membayar pemiutangnya.


Ewe Pang Kooi, 61 tahun, telah ditugaskan untuk membubarkan 21 syarikat dan menguruskan kewangan sebuah lagi syarikat.


Namun, dia didakwa melesapkan kesemuanya $40,622,169.79 dan AS$147,000 ($196,300), lapor The Straits Times.


Hari ini, Rabu, Ewe - seorang pencair berlesen dan pengarah rakan kongsi firma perakaunan awam yang disahkan, Ewe, Loke & Partners - telah dikenakan 693 tuduhan.


Kesalahan-kesalahan tersebut dikatakan berlaku antara Februari 2002 dengan Julai 2012, dan termasuk beberapa tuduhan pecah amanah, pemalsuan dan penipuan.


Ewe juga didakwa membuat pengisytiharan palsu kepada pesuruhjaya sumpah sebanyak 236 kali untuk menyembunyikan perbuatan penggelapannya itu.


Tertuduh dikatakan telah memindahkan hasil perbuatan jenayahnya sebanyak 178 kali dan menggunakan sekurang-kurangnya $1,114,195 untuk membeli cip perjudian di dua kasino di sini.


Perbuatan jenayahnya itu diketahui apabila Ewe melambatkan dan enggan mengadakan pertemuan terakhir bagi beberapa subsidiari Hewlett Packard (HP), yang seharusnya dibubarkan olehnya, supaya dividen dapat dibayar.


Tiga syarikat - HP, seorang rakan kongsi firma Ewe, dan sebuah lagi syarikat - membuat laporan polis terhadapnya.


Ewe telah direman di Penjara Changi kerana dia gagal membayar ikat jamin sebanyak $4 juta.


Kesnya akan disebut lagi pada 5 Februari ini.


Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Hon Yi meminta agar kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi memandangkan jumlah wang yang terbabit.


Ewe diwakili oleh peguam Peter Doraisamy yang memberitahu wartawan bahawa beliau akan meneliti tuduhan-tuduhan tersebut sebelum memutuskan langkah seterusnya.


Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun bagi setiap tuduhan pecah amanah.


Dia juga boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda $500,000 bagi setiap tuduhan menggunakan hasil perbuatan jenayahnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >